Monday 9 January 2012

PLOT 2 : cerciter di sekolah rendahku ( PAHANG KOI )

    
  nur kasih Mu mendamai di kalbu,
        jernih setulus tadahan doaku,
          rahmati daku dan permintaanku,
            untuk bertemu di dalam restu...

     tiba2 teringat pula lagu nasyid dr kumpulan nasyid terkenal inteam yg bertajuk nur kasih ni. hurm, masa ni aku darjah lima. kelas aku iaitu kelas 5arif tlh mengadakan persembahan khas, the special one utk mantan guru besar kami di sekolah rendah kebangsaan jengka dua yg kini beliau telah pun bersara pd tahun 2005. beliau merupakan guru mata pelajaran agama islam. hanya kelas kami je yg beliau mengajar. tu rasa special sikit. time kitorg sume sekelas buat persembahan tu tak yah cakap la. sebak kot. sampaikan guru besar kitorg, PN HABIBAH tu menangis. syahdunya. yela mesti beliau sedih sbb lepas ni beliau ta dpt nak berbakti dah kpd anak2 bangsa. majlis yg diadakan sungguh meriah. aku ingat lagi time buat show tu si HARITH jadi solo. dialah yg solo utk lagu nur kasih ni. suara dia sedap. serak2 basah kot. hahaha. ni 1st song. 2nd song lagu i have a dream by west blue. yekot,aku pun dah lupa nama group ni. tapi kitorg ubah lirik lagu ni berkat bantuan guru kelas kitorg. TEACHER LINHA. kitorg berlatih bertungkus lumus. latihan dibuat di kuates TCR LINHA. sebenarnya tak semua budak2 kelas aku join. hanya segelintir je. yela, dah diorg tak nak. kita tak boleh lah nak paksa kan. huhuhu. ok lah. kita pergi ke next story eh.

     lepas aku sekeluarga berpindah ke pahang semula, keluarga kami susah sgt. abah dah takda keje. mula2 kitorg tinggal kat umah wan dan atuk. sekejap je kitorg duduk. yelah sbb ada berlaku krisis kat umah tu. biarla aku dan keluarga aku je tahu eh. hurm, lepas tu kitorg pindah kat sebuah rumah yg tersangatlah kecil kat ulu jempul. kalau tak silap rumah tu skrg dah jadi tempat sekolah agama. masa duduk kat situ abah dgn mak meniaga sate dgn nasi lemak kat sungai jerik @ tongkiat. perniagaan kecil-kecilan diorg mendpt smbutan la jgk. ramai org2 cina,india dan melayu yg dtg singgah beli. ada sekali tu aku ikut mak dgn abah meniaga. aku duduk dlm kereta. jaga adik aku yg masih kecil tu. tiba2 aku ada terperasaan yg kwn sekolah aku dgn ayah dia dtg membeli kat gerai kitorg. nak tahu siapa. APIZ dgn ayahnya lah, CIKGU AZMAN di sekolah menengah  jengka dua. masa ni aku tak kenal APIZ lagi sehinggalah darjah 5 .time ni masa aku baru berumur 8 tahun.

     aku telahpun menjejakan kaki di sekolah rendah kebangsaan jengka dua, mula2 aku yg ditemani dgn mak masuk ke pjbt dulu utk proses pendaftaran. aku masuk sekolah ni nak dekat pertengahan tahun dah. my 1st class, 2 arif. mula2 masuk mesti tak pakai tudung lagi kan. rambut aku panjang masa ni. mak aku ikat dandan rambut aku. hehehe. tampak kemas sekali. masa melangkah masuk tu semua budak2 kelas pandang aku. aku yg pemalu time tu asyik tunduk pandang bwh je. tak berani na pandang muka diorg.  cikgu telah arahkan aku duduk kat satu tempat kosong dlm satu kumpulan ni. dr sinilah aku mendapat kwn yg pertama. nama diorg ALYA dan ZURATI. lama kelamaan kitorg jadi kwn baik. ke kantin mesti bersama sama. tapi, saat pertama kali mata aku terkesima pabila aku terpandangkan seseorg jejaka. tak tahulah kenapa hati aku mudah tertarik dgnnya yg bernama IQBAL. ala, minat biasa2 je lah. hehehe. menurut kwn2 aku, diapun budak baru masuk jugak. anak cikgu kat sekolah menengah. bukan dia sorg je budak baru, masa ni yg aku tahu budak baru sekali masuk dgn aku pd tahun ni ENAB dgn RUGA.

     seterusnya, pada awal tahun 2003 kami sekeluarga pindah kat jengka 2 balik. tapi tak duduk kat umah atuk dah. mak dgn abah tak nak menyusahkan diorg lagi. kami tinggal di kwsan perumahan kedai mara. kat sini pd awlnya dipenuhi dgn kedai2 runcit. Tp smpai skrg iaitu tahun 2012 kedai2 runcit dan mkan telah semakin berkurangan. kwsn ni dah jadi kwsan perumahan pula. hurm, lama kan aku tinggal kat sini. dah hampir 10 tahun. fuhh, dasyat. huhuhu. aku pun masuk ke darjah tiga. kelas yg sama lagi 3 arif. kelas aku maintain je lagi sampailah aku darjah 6. yalah. sekolah ni hanya ada 2 kelas je. tak mcm kat kedah dulu sampai 5. tu yg senang masuk kot kelas pertama. hehehe. time ni kal tak silap la yg jadi ketua kelas perempuan sekali dgn penolongnya, dua2 bezfren merangkap diorglah bakal bezfren aku pd thun berikutnya. ketua nama ADHA, manakala assistantnya  SYERA. tp yg paling beznyalah, ada mgu bi. aku pelik bila TCR RODZIAH pilih aku utk persembahan tu. aku gembira sgt2. yela, mana taknya. aku dpt berpasangan dgn IQBAL. hahaha. ha, kalau dgn dia ni aku tak boleh lupa lagi. hehehe. masa tu aku dgn dia kena pakai topeng lembu. masa latihan kitorg kat dlm bilik muzik. wahh, betapa berbunga-bunganyalah hati aku.

     Tahun berikutnya masuk lah aku ke darjah 4. kat sekolah ni peraturan mengatakan kena pakai tudung bila masuk umur 10 tahun. aku ok je. dulu time kat kedah pun masa darjah satu aku dah start pakai tdung. tp sekejap2 jela. utk proses pembelajaran lagi. hehehe. in this year, hati aku mula terpaut pd salah seorg kwn sekelas aku bernama SALLEH. tah kenpa aku boleh berkenan dekat dia. dahla kering. huhuhu.  dah suke kan. hurm,tp tak lama aku berkenan kat dia. bila aku dpt tahu yg FETTY, kwn baik aku ni suka dekat si SALLEH ni, aku terus melupakan perasaan ni. heheheh. thun ni jgk lah kelas tuisyen telah diadakan. kelas malam pulak tu. hish. mmg tak seram kata. dahlah kelas kitorg kat bangunan baru kot. memandangkan aku pljr yg kurang berkemampuan, aku telah dibeti bantuan skim bantuan tuisyen(SBT). tapi SBT ni hanya berlangsung di waktu ptg sekembali drpd waktu lepas sekolah terus masuk kelas tuisyen kat bilik seni sbb budak2 SBT ni tak ramai pun. kwn rapat aku masa ni adalah FETTY. aku pernah balik umah dia lepas tuisyen. waktu ni hbugan antara aku, ALYA dan ZURATI makin renggang. bukan sbb gaduh ke apa. cuma sbb kitorg berbeza kelas. mereka berdua kelas 4bijak. aku sendiri pu tak tahu kenapa kitorg boleh renggang. bukan aku sombong. aku tegur je diorg, tapi diorg mcm mgelak je dr aku. bila berselisih juz senyum2 je. aku ta paham sguhlah. hurm, biarlah. ok, time malam pulak ada kelas skim tuisyen felda(STF). Kiranya aku dapat dua kelas tuisyen free lah. beruntung aku. yela, rezeki jgn ditolak. utk menambahkan ilimu jgk. biarpun penat. takpa. demi ilmu sbgi bklan hidup kan. hehehe. 

   tahun 2005 pun menjelma. " wei. wei.. adas cikgu baru dtg cikgu bi ganti tcr linha". jeritan seorg kawanku masa kelas STF bi pd satu mlm. kitorg pun ramai2 tgk kat bawah. lepastu semua mengelabah terus masuk kelas duduk kat tempat masing2. cikgu baru tu pun melangkah masuk ke dlm kelas. pd awl penelitian aku kat cikgu tu, cikgu ni nmpk sombong. nama dia TCR FAZLUN. mlm tu kitorg bljr sikit je. keesokkan harinya di sekolah, kwn2 aku sudah pun menggelar cikgu baru tu dgn gelaran BELON. hish, jahat betullah kwn2 aku ni. ksian cikgu tu. tapi, lama-kelamaan kirorg dpt menerima dan mengenali beliau dgn lebih rapat lagi. yg sebenarnya cikgu ni baik sgt2. dahlah lemah lembut. tak garang langsung mcm tcr linha. tp, meskipun dulu tcr linha tersangatlah garang, bila dia pindah haritu hah amik. semuanya dok pakat2 nangis, meraung. budak2 lelaki pun sama. kitorg ni biarpun nmpk brutal, jahat. tapi dlm hati lembut. Tcr linha ni masa darjah 5 adalah guru kelas kitorg. aku masih simpan lagi gambar kelas 5arif bersama dgn tcr linha yg diapit oleh NAIM dan SYERA merangkap ketua dan penolong kelas kami. hah, nak tahu satu gosip tak? ala, gosip biasa2 je. utk suka2. sbnrnya aku tak tahu pun pasal ni. tp dah satu kelas heboh pasal skandal NAIM dgn SYERA ni. hehehe. kitorg selalu usik diorg. ksian diorg. huhuhu.time tcr linha nak pendah tu, kami beberapa org ada ke rumahnya utk membantu beliau kemas2 barang. Tcr ada bg satu keychain kat stiap org. tp malangnya keychain tu dah hilang, hurm. masa bljr sedikit sebyk time waktu bi kitorg rasa lain mcm je. nsb baiklah ada tcr fazlun yg memahami kitorg yg syglan tcr linha. 
    
 " kalau kamu semua sygkan tcr linha, kamu semua mesti belajar bersungguh-sungguh. mesti beliau bangga kalau kamu semua dpt A bi UPSR nanti". kata tcr fazlun masih lagi terngiang-ngiang di telinga aku. awl tahun ni jgk aku telah dimasukkan ke sekolah agama yg berada berdekatan dgn rumahku dan kwsn masjid. mesti pelik kan kenapa aku baru nak masuk sekolah agama time darjag 5 ni? hurm, tapi biarlah rahsia ni tersimpan je. nak dekat2 akhir tahun ni, kelas 5arif ditukarkan tmpat duduk para pljrnya. betapa bahagianya aku bila aku dpt duduk satu kumpulan dgn IQBAL. wahh, beznya. mula2 aku sorg je dlm group tu. segan jgk aku. tp cikgu yg perasan akan aku sorg je pompuan terus menukarkan ANIS di dlm grop aku ni. ramai lagi ada JERIN,AMEER LUQMAN dan ZUL. si IQBAL ni dok kat depan aku. bila masa bljr aku tak berani nak pandang muka dia. rasa segan sgt. hehehe. tp lama kelamaan bukan rasa segan dah, rasa geram sgt2 kat budak depan aku ni la. kitorg sentiasa bergaduh. mana taknya dy suka sgt ejek aku ROSLI2. woit, guna nama abah aku tu. anak mana tak panas hati kan. aku dgn bengang tlh mendapt satu infiormasi berguna drpd abgku. tankz along. aku ejek dy balik . SABRAN2. kadang2 aku ejek dia keta kebal. yela nama dia kan dekat2 dgn menatang tu. hari demi hari tulah modalnya. mesti kutuk mengutuk pakai nama ayah. bukan aku mula dulu. dia tu. aku yg tak berapa nak layan budak2 laki ni ley terlayan pulak mamat sengal ni. haish, dlm sengal2 pun aku minat jgk kat dia kan.huhuhu. kdg2 aku kalah jgk. mana aci dia ada geng. geng dia si AMEER LUQMAN dgn ZUL tula,,arghhhhh. tensionya aku dok satu grop dgn diaorg ni. tp its ok. ni lah kengan yg pling aku syg sekali. wat pertama kali aku dpt berguray senda dgn si pujaan hati, IQBAL. hahaha.

     di hjung tahun, sekolah ada mengdakan satu rombongan sambil bljr di kuala lumpur. jadi aku, FETTY, MINAH, dan TEHA  tlh menyertainya. aku happy sgt join rombongan ni even tak semua kwn2 aku join. tp masalahnya time ni MINAH dgn TEHA bergaduh. lama diorg gaduh. asal bezfren. aku yg pd awlnya dah janji nan duduk dgn FETTY terpaksa duduk dgn TEHA. MINAH dah tentu2 duduk dgn FETTY. dlm suka2 tu aku menyampah betullah kat sorg mamat ni. sangat2 menyampah. suka sgt menyakat, mengusik akula. aku tahu dia mmg syok kat aku pun. tp aku benci gile2 kat dia. nama mamat ni SHAHADAN. masa dlm bas tu dia boleh plak duduk kat blkag aku. geramnya. dia kacau2 aku. ada sekali tu TEHA sound dia.
     " eh shahadan, kau tak payah kacau ain boleh tak ? dia tak suka kat kau lah." hurm padam muka. tapi dia buat bodoh je. Argggggghhhh.. tensionnya aku dgn dia. erm..biar lantak lah dia.

     last year aku bersekolah di sini. tahun 2006 pling byk memori aku. pada tahun ni lah aku kenal dgn seseorg jejaka. namanya APIZ. masih ingat lagi nma ni? yg aku ada ceritakan td. mula2 aku benci sgt2 lah kt dia ni. dlm kelas depan aku ELIN, budak pling pandai kat sekolah. kat blkag aku, budak ni. aku dgr cite yg dia minat kat ELIN. tapi elin time tu ada skandal dgn AQIL. budak2 ni katalah. dia suka sgt kacau akulah. time aku dok syok2 wat keje sekolah kat tmpat aku, dia boleh baling kertas kat aku.. hish, mana tak panas hati. aku terus paling kat blkg dgn memberikan pandangan yg tajam. hahaha. bila aku pandang dia boleh pura2 pandang tmpat lain. hish., bikin hati gua menggelegak je. ada satu masa tu kami satu group. time waktu bm kat bilik seni. ELIN ditugaskan utk memberi jwpan. disbbkan tulisan aku yg paling cantik dlm group ni, aku tlh ditugaskan oleh CIKGU AZMAN utk menulis diatas sehelai kertas lutsinar. dah dekat satu perenggan aku tulis. nak tahu tak ada org gila ni kutuk tulisan aku. fuhh fuhh. sabar ain.
     " ek eleh, kalau tulisan kau setakat cm ni je lebih baik bg aku je tulis. buruk gila. dahla herot petot tulisan". makkk,..kuang asam punya budak. suka suki hati dia je nak ktuk tulisan aku. aku wat pekak je bila dia ckp cmtu. padahal dlm hati membara kot. arghhh. aku yg jenis tak suka terjadinya pergaduahn ni senyap je. aku meneruskan tugasan ku. hari demi hari, kelas STF dan SBT kerap kali dijalankan. kadang2 di kuates guru pd waktu mlm. ada sekali tu sehari sblm exam UPSR, CIKGU SURINA mengadakan kelas sains di rumahya. lepas kelas, aku balik dgn abang aku. masa dlm pjlanan aku nak pergi kat motor abg aku, si APIZ ni pggil aku. aku pun menoleh ke blkg.
    " ehh AIN, nanti kirim salam kat abg kau ye". aku wat muka pelik. hurm aku tak peduli la. aku terus naik motor. dlm hati bermonolog, " lantak kaulah, aku nak balik, aku letih nak cepat tido. tp kau ni kenapa.,? buang tebiat ke?. kalau tak kemain takot lagi kau kat abg aku. ni tiba2 je berani. arghhhhh.. pape jela. asalkan kau bahagia. time exam, tiba2 je hati aku tertarik dgn budak depan aku ni. ya, namanya HARITH, si penyanyi solo tadi. tmpat exam dia kat depan aku je. padahal kitorg dah lama dah sekelas. aku tak pernah pulak perasan sgt dia ni. tapi wat kali pertamanya aku bercakap dgn dia. bila aku lihat senyumannaya, wah hatiku terdetik, YA ALLAH, cutenya dia.  hehehe.

    tak lama lepas tu exam UPSR pun abih. smtara mnggu results kluar, sekolah ada mengadakan aktiviti utk kami. aku tlh berada sama group dgn si HARITH ni. alangkah bahagianya hati aku.hahaha. tp aku ada terdengar desas desus yg mengatakan dia ada skandal dgn YAN. Budak comel lah katakan. sekali lagi aku hampa.huhuhu. masa aktiviti sblm UPSR, dia satu group dgn YAN. time tu acara suap menyuap biskut. sedihnya aku rasa. saat YAN menyuapkan biskut ke dlm mulut HARITH, hatiku gundah gulana. tapi aku tak layan sgt perasaan ni. ada satu peristiwa di mana aku ingat time match futsal group kitorg. time budak2 lelaki lwn aku tak putus2 beri smgat padu kat HARITH. akhirnya diorg menang. kini tiba giliran kumpulan budak perempuan pulak. tak disangka sangka HARITH menjerit memanggil namaku. " AIN boleh, AIN boleh". riangnya hatiku masa tu. terlupa sekjp skandal mrk. tp malangnya grop kitorg kalah teruk. dpt tmpat terakhir disbbkan faktor2 kecederaan ahli2 kami. HARITH dtg kpd kami dan mengatakan, " em, takpala kalau kita kalah sekalipun. yg penting smgt kesukanan tu yg penting." wah, baguz sguh si HARITH ni.hehehe.

    di peghujung thun, result makin hampir. dan hari yg ditgu tgu pun tiba. aku ingat lagi hari tu hari khamis. sehari sblm hari last sekolah. kami semuanya pljr2 UPSR ditempatkan di dlm dewan. dlm menunggu tu hati sguh berdebar debar. kami ada mendengar perkhabaran bahawa ada lebih kurang 8org dpt 5A. dlm hati aku berdoa agar akulah antara salah seorg dr peljar2 tersebut. ternyata perkhabarab tu betul. seramamai 8org pljr sk j2 dpt 5A. nma pertama yg dipggil adalah IQBAL. itu mmg tlh dijangkakan. budah target sekolah. tapi, alangkah terkejutnya aku pabila nama kedua yg dipggil adalah nama AKU. dlm hati aku panjatkan kesyukuran krn tlh berjaya memperoleh 5a. nama  strusnya yg dipggil adalah ELIN, YAN, FETTY,ADHA, AQIL DAN BEDUL. 5 perempuan dan 3 lelaki. APIZ hanya memperoleh 3A 2B. ala, kira ok lah tu. pd keesokkn hari iaitu hari terakhir di sekolah, kami pljr2 yg mdpt 5A hingga 3A dikumpulkan di dlm bilik mensyuarat guru. ada ke patut budak2 ni ckp kitorg akam]n masuk tv. masuk2 dlm bilik tu je rupanya bukan masuk tv tp kitorg kena isi borg masuk ke asrama penug da. hahhaha. tula kuat sgt berangan kwn2 aku ni.

     akhirnya, masing2 telah membawa haluan masing2 utk menentukan masa depan yg lebih cerah di alam sekolah menengah pula. AQIL ke sekolah sains di pekan, BEDUL ke yayasan saad di melaka, IQBAL ke sekolah asrama penuh lelaki di putrajaya, ELIN ke sekolah tun fatimah di johor. Hnya mrk berempat shja yg dpt pergi ke sekolah jauh di kalangan pljr yg mdpt 5A. Mama pergi 4 org lagi eh?..hurm ada, jgn risau. kami berempat iaitu AKU, ADHA,FETTY dan YAN bersekolah di smk jengka 2 je. smalah spt APIZ, MINAH,SYERA,KEOY,KEMAL,TEHA,RUGA dan ramai lagi kwn2 aku. cuma MIRUL,NAIM dan HARITH telh pergi ke smk seri jengka. sbnrnya bukan kami berempat tak dpt. dpt sgt . tp memandangkan byran yg terlalu tggi, maka kami yg hanya merupakan anak dan cucu peneroka tak berapa mampu. boleh perigi mmg boleh kalo diusahakan, tapi maklumla bika sorg tak nak pergi, semua tak nak pergi. tulah ikut ken sgt. tp tak palah, mana tahu rezeki kami berempat di smk j2 lebih baik kan. insyaALLAH. Bljr kat mana2 pun sama je kan. jnji niat kita dan usaha utk berjaya.  bak kata kata hikmat ni, " USAHA TANGGA KEJAYAAN". Maka kami semua pljr2 di sk j2 telah pun berpisah dan membawa haluan masing2.. AKU RINDU SGT2 KAT KORG SEMUA. KALO BLEY DIUNDUR MASA, AKU NAK MASUK DARJAH 6 BALIK. BIARLAH KENA AMIK SEKALI LAGI UPSR PUN. KWN2, AKU SYG SGT KORG. AKU TAK PERNAH PUN LUPAKAN KORG YG PERNAH MENJADI SAHABAT AKU. LUV U ALL FREN. HOPE OUR FRENSHIP NEVER END. FRENZ 4EVER...

No comments:

Post a Comment