Wednesday 14 March 2012

berita terkini : pengumuman keputusan spm 2011 dikeluarkan !




assalammualaikum..

14/03/2012, rabu - akhirnya, tarikh pengumuman keputusan spm 2011 dikeluarkan sudah ternyata sah pada
21/03/2012. hal ini kerana terdapat ramai sekali para calon spm tahun lepas meluahkan dan mempamerkan perasaan tidak puas hati, malah ada segelintir yang tidak sabar mahu mengetahui tarikh sebenar yang disahkan oleh pihak kementerian pelajaran. kini, berakhirnya desas desus yang mengatakan dan menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai tarikh ini. ada yang mengatakan pada 27 atau 28/02 baru baru ini. tetapi akhirnya itu hanyalah khabar angin. seterusnya, ada pihak yang menguar uarkan pada 07/03, meskipun tarikh itu adalah tarikh sebenar untuk keputusan stpm tahun lepas. kepada semua calon calon stpm 2011, tahniah kerana telah berjaya. kepada yang tidak, usah kecewa. kerana di luar sana masih banyak lagi peluang yang terbuka luas untuk anda. pada zaman sekarang, tidak kiralah sesetengah pihak itu pndai dlm akademik ataupun tidak, asalkan seseorg itu bijak dan pintar dlm mengambil peluang untuk memajukan diri di masa hadapan. kemudian, terdapat juga khabar yg menyebabkan segelintir yg mengatakan akan dikeluarkan pada 22/03.  meskipun begitu, kini dan selamanya, spm 2011 akan diumumkan pada 21/03/2012 mulai pukul 10 pagi di sekolah masing2. oleh itu, segala ragu ragu dan ketidakpastian telah berjaya dirungkai dan kini hanya perlu menunggu masa untuk mengambil keputusan anda. kepada semua calon2 spm 2011, semoga berjaya !
sedikit nasihat untuk anda semua, sblm melangkah ke pintu pagar sekolah anda, mulakan dengan doa dan langkahi dgn membaca bismillah yang dimulai dgn langkah kaki kanan anda. semoga kita sama2 memperolehi kecermalangan. insyaALLAH. amin, amin ya rabbal al amin.. <3

sekian, tulus ikhlas dr aini.

No comments:

Post a Comment